Click =D

Friday, April 3, 2009

Mimpi Ngeri

Kian lama saya telah menghadapi ketidaktenangan ketika tidur selama beberapa malam yang berterusan. Saya sering dihantui oleh mimpi ngeri yang hampir sama. Walaupun tiap-tiap kali wataknya berbeza, namun demikian, plotnya sama.

Setiap mimpi ngeri pun sama. Kesudahannya ialah saya secara tidak sengaja membunuh rakan baik saya dan menyesali perbuatan saya. Apakah maksud mimpi ini?

Adakah pada suatu masa nanti saya akan membunuh seseorang pada masa depan?
Mari kita berfikir tentang pembuatan senjata.

Senjata diperkenalkan sejak daripada zaman Neolitik lagi iaitu zaman pra sejarah.
Senjata terawal diperbuat daripada batu dan kuasanya tidak begitu hebat berbanding dengan senjata terhebat iaitu senjata nuklear yang mampu melenyapkan sebuah negara.

Pencipta ataupun ahli saintis yang berjaya mencipta sesebuah senjata sering diberi ganjaran. Namun demikian, penciptaan senjata hanya mendatangkan kemusnahan. Menurut sejarah, banyak kuasa barat yang bertanding untuk menghasilkan senjata atom pada tahun 1940-an untuk menghadapi perang dunia kedua. Pada ketika itu, negara Amerika Syarikat berjaya menghasilkannya dan kuasanya sungguh menyeramkan apabila bandar Hiroshima dan Nagasaki lenyap. Kedua-dua bandar tersebut yang memakan masa yang begitu panjang untuk dibentuk, keunikan bandar-bandar tersebut dan nyawa-nyawa rakyat yang tidak berdosa hilang dalam sekelip mata.

Ahli saintis, Nobel, pengasas Anugerah Nobel telah membentuk sebuah NGO dengan harapan duitnya dapat digunakan untuk keamanan. Hal ini berpunca daripada bekas tanganya iaitu penciptaan dinamit yang telah meragut nyawa dalam peperangan. Usaha murni beliau untuk menamatkan peperangan sungguh bermakna dan usahanya masih diteruskan sehingga hari ini.

Kembali kepada topik utama, senjata. Adakah masyarakat seantero dunia tidak sedar akan pepatah nasi sudah menjadi bubur? Hal ini demikian kerana apabila pembunuhan telah dilakukan dengan senjata, betapa kuatnya kita menyesal sudah pun tiada berguna. Betapa hebat kita menangis pun sampai darah ditangisi juga sesseorang yang telah kita bunuh sememangnya akan kekal mati. Pada masa itu, kita sudah tentu akan berfikir, " Apakah yang akan berlaku jika saya tidak membunuhnya? Sebaliknya saya cuba berbaik-baik dengannya,"

Berkemungkinan kami boleh berkawan dan hidup secara harmoni. Namun demikian, dunia dipenuhi dengan pelbagai anasir-anasir yang mampu mempengaruhi mida seseorang untuk menyebabkannya membuat keputusan salah lalu membunuh seseorang.

Perlukah senjata dicipta?
Jika tiada senjata dicipta nescaya kita semua dapat hidup secara aman.

Hargailah nyawa insan.