Click =D

Monday, February 16, 2009

Kembali dari zaman kegelapan

Setelah lama saya menulis laman sesawang saya, saya bercadang untuk menulis semula dalam laman sesawang saya. Banyak perkara telah berlaku dalam hidup saya semenjak kejadian itu.
Pada mulanya saya tidak bercadang untuk meminati ****** namundemikian, bak kata pepatah Melayu tak kenal maka tak cinta.

Setelah saya mengambil peluang untuk mengenali ****** saya merasai bahawa hidup saya tidak lagi dikelami kesedihan. Masa kami bersama, saya berpeluang merasai kegembiraan yang tidak terhingga.Walaupun masa kami berdua bersama pendek, namundemikian kegembiraan yang dirasai tidak pernah saya rasai ataupun perolehi.

Namundemikian, bak kata pepatah melayu terlanjur sampan boleh undur tetapi terlanjur kata tidak boleh simpan, segala-galanya musnah dalam sekelip mata akibat ketidaksenonohan sikap saya. Jikalau saya meluangkan lebih banyak perhatian dan masa kepada ****** sudah pasti kehidupan kami berdua tidak akan begitu merana.

Namun begitu, kehidupannya telah bertukar menjadi lebih baik dan saya berasa gembira untuknya. Pada mulanya saya berpendapat bahawa saya dapat melupakan segala memori yang menyedihkan tetapi itu merupakan suatu kesilapan yang besar. Saya bukan sahaja gagal melupakannya malah perasaan saya terhadapnya semakin berkobar-kobar. Saya sentiasa dirabai oleh kesedihan walaupun dalam apa keadaan jua.

Apatah lagi yang harus saya lalui lagi sebelum saya dapat merasai kebahagiaan?
Saya tidak inginkan segala kekayaan atau kuasa yang terdapat dalam dunia ini, saya hanya mempunyai satu hasrat sahaja iaitu dapat bersama dengannya. Namun demikian, keadaan tersebut kelihatan janggal dan saya berasa seolah-olah saya sedang menipu diri sendiri.

Segala-galanya tidak sama seperti dahulu. Jika ruangan masa dapat diundurkan saya akan membuat keputusan untuk meminatinya lebih awal agar saya tidak akan kehilangannya.

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna kerana nasi telah menjadi bubur

1 comment:

Unknown said...

Tiada gunanya jika kamu masih suka kat dia...Dia telah melupakan peristiwa yang pahit supaya dia akan bahagia...Teruskanlah hidupmu tanpa dia...